PDPC 31 OKTOBER 2021 (4 CEMERLANG)

PDPC 31 OKTOBER 2021 (4 CEMERLANG)
MASA : 11.00-12.00
Assalamualaikum dan salam sejahtera anak2. Selamat kembali berPDPR.
Alhamdulillah, dapat berjumpa lagi kita pada hari ini 31/10/2021.
Hari ini kita akan melaksanakan Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4.

Untuk maklumat lanjut anak2 boleh klik link di bawah
https://sejarahf4kssm.blogspot.com/

ARAHAN 1
Isi kehadiran PDPR pada hari ini dahulu. Sila klik link di bawah
https://bit.ly/3rypdEa

ARAHAN 2
Anak2 diminta merujuk Any Flips untuk Kajian Kes Tingkatan 4
https://online.anyflip.com/gfxes/bwcg/mobile/index.html

ARAHAN 3
Anak2 boleh tengok supaya nampak dengan jelas apa yang perlu ada dalam kajian kes. Ini contoh Kajian Kes. Isi masing-masing berbeza, tetapi beginilah cara penulisannya nanti.

1.0 JADUAL KERJA (31 0KTOBER 2021 HINGGA 14 NOVEMBER 2021)

2.0 TEMA, TAJUK, STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN

Tema:
Tajuk:
Standard Kandungan:
Standard Pembelajaran:

3.0 PERNYATAAN MASALAH DAN PERSOALAN KECIL
Pernyataan Masalah:
Gua Niah merupakan salah satu lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia. Bincangkan.

Persoalan Kecil:
a) Buktikan bahawa Gua Niah telah diduduki masyarakat zaman Prasejarah.
b) Senaraikan peralatan dan bahan tinggalan sejarah yang dijumpai di Gua Niah.
c) Cadangkan usaha-usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membuktikan bahawa Gua Niah telah diduduki masyarakat zaman Prasejarah. Selain itu, kajian dijalankan bertujuan untuk menyenaraikan peralatan dan bahan tinggalan sejarah yang dijumpai di Gua Niah. Akhir sekali, kajian ini dijalankan untuk mencadangkan usaha-usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

5.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah. Antaranya ialah:

a) Kaedah Kajian Perpustakaan
Semasa menjalankan kajian ini, saya telah memperoleh beberapa maklumat daripada buku teks Sejarah Tingkatan 1. Saya telah merujuk halaman 64 sehingga 69. Dalam buku teks tersebut menceritakan berkaitan dengan tajuk tugasan saya iaitu Gua Niah antara salah satu lokasi zaman prasejarah di Malaysia. Saya membuat catatan bagi memudahkan penulisan saya nanti. Saya telah mencatatkan maklumat berkaitan dengan buku tersebut seperti Nama Penulis, Tahun dan Penerbit.

b) Kaedah Melayari Internet
Saya mendapatkan maklumat tambahan daripada internet. Saya telah melayari beberapa laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian saya. Selepas menjumpai beberapa laman web, saya telah merujuk kepada guru mata pelajaran bagi mendapatkan kesahihan maklumat yang diperoleh. Saya membuat catatan maklumat yang diperlukan. Saya juga mencatatkan laman web tersebut. Maklumat yang diperoleh telah dicetak sebagai lampiran. Antara laman web yang digunakan ialah:

i)
ii)
iii)

c) Kaedah Audio-Visual
Saya telah menggunakan kaedah audio-visual semasa menjalankan kajian ini. Saya telah menonton beberapa video daripada Youtube. Saya mencatatkan maklumat yang diperoleh daripada video tersebut bagi memudahkan penulisan saya nanti. Saya juga telah mencatatkan URL/link Youtube tersebut. Antaranya ialah:

i)
ii)
iii)

6.0 DAPATAN KAJIAN
Gua Niah merupakan salah satu lokasi Zaman Prasejarah di Malaysia. Bincangkan.

6.1 Buktikan bahawa Gua Niah telah diduduki masyarakat zaman Prasejarah.
- buat huraian, boleh juga sertakan gambarajah, graf dan sebagainya yg berkaitan (*jgn lupa letakkan caption)

6.2 Senaraikan peralatan dan bahan tinggalan sejarah yang dijumpai di Gua Niah.
- buat huraian, boleh juga sertakan gambarajah, graf dan sebagainya yg berkaitan (*jgn lupa letakkan caption)

6.3 Cadangkan usaha-usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
- buat huraian, boleh juga sertakan gambarajah, graf dan sebagainya yg berkaitan (*jgn lupa letakkan caption)

7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
- masukkan pengetahuan yang diperoleh, pengajaran/iktibar dan cadangan masa hadapan.

8.0 RUJUKAN
a) Buku
Mohd bin Samsudin, Azharudin bin Mohamed Dali dan Sharifah Afidah binti Syed Hamid, 2016. Buku Teks KSSM Sejarah Tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

b) Internet
i) http://www...
ii)
iii)

c) Lain-lain
i) http://youtube.... (Sumber: )
ii)
iii)

9.0 LAMPIRAN
- susun bahan2 yang difotostat atau dicetak sama ada daripada buku teks atau internet.

ARAHAN 4
Anak2 perlu menyiapkan kajian bermula 31 Oktober 2021 hingga 14 November 2021 (2 MINGGU). Jika ada sebarang masalah anak2 boleh PM cikgu.

Anak2 yg hadir kelas PDPR pada hari ini. Tahniah diucapkan.

‘CINTAI SEJARAH, KERANA DARI SEJARAH SEGALANYA BERMULA’

Sekian. Terima kasih.